Cabang lain Siti Nurhaliza

Dengan kejayaanya dalam bidang muzik, Siti menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. — dengan aktivitinya yang melibatkan bidang hiburan secara amnya. Beliau mempunyai empat anak syarikatnya yang terdiri daripada Siti Nurhaliza Collections (koleksi cenderamata), Siti Nurhaliza Marketing (pemasaran), SN Mobile Digital (telekomunikasi mudah alih) dan Siti Sound (audio dan bunyi).[119] Beliau juga merupakan presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.[407]

Beliau juga memasarkan produk teh, Ctea,[400] jenama minuman teh Malaysia, daripada teh yang ditanam di kaki bukit Gunung Kinabalu, Sabah. Jenama Ctea didatangkan dengan dua perisa, iaitu Geranium Special dan Pandan. Kini, beliau melancarkan jenama fesyen sendiri yang berkonsepkan sedia dipakai, iaitu Creacion by Siti Nurhaliza.[275]

Dan kini selain memilikinya produknya sendiri, beliau menerima pendapatan berterusan melalui komisen dan royalti untuk sokongannya dan sebagai duta dan jurucakap produk. Beliau telah menjadi duta dan jurucakap untuk pelbagai jenama antarabangsa, antaranya ialah[408]Jusco, Maxis, Maybelline, Minolta, Mitsubishi, Olay, Pantene, Pepsi, Samsung dan TM Net.

Rujukan

WikiPedia: Siti Nurhaliza http://mediapermata.com.bn/kemenangan-aim-22-penca... http://www.mynewshub.cc/2016/06/22/hari-kemenangan... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/creacion-jen... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/datuk-siti-n... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-05/0... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1279654... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1426675... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1483499... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1505644... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1508861...